Skip to main content

Sistem Kerejiman Yang Dibentuk Untuk Manusia.

Tiada Tuhan Yang Layak Diabdikan Melainkan ALLAH dan Muhammad itu Pesuruh ALLAH

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Pujian bagi ALLAH S.W.T sebagai Rabb dan Ilah kita abdikan dan Selamat Sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sebagai pesuruh-NYA.Sebagai seorang mukmin, hendaklah bertaqwa kepada ALLAH dengan mengamalkan segala suruhan-NYA dan menjauhi larangan-NYA. Sebaik-baik cara hidup dan diredhai-NYA adalah cara hidup Islam.


1. Kapitalisme




                      Negara-negara yang mengamalkan ini memberi kelebihan kepada pemodal yang mengaut kapital yang lebih banyak atas dasar memimpin sebuah syarikat, malah memberi kelebihan kepada orang-orang memiliki modal yang banyak memiliki potensi kapital yang lebih jauh berbanding yang sedikit. Itu tidak menjadi kesalahannya tapi yang menjadi kesalahan apabila memeras buruh-buruh kerja dengan kapital gaji yang rendah, menggunakan cara yang menipu untuk mengaut keuntungan seperti menipu dalam timbangan dan takaran, rasuah bagi kelancaran dan kemudahan perniagaan, menggunakan wang loteri atau judi bagi penerusan perniagaannya                            

                       Malah tahap yang ekstrem boleh dilihat dari negara yang mengamalkan Kapitalisme yang ekstrem seperti Amerika Syarikat yang dilihat sebagai sebuah kuasa besar yang kononnya negara penyelamat dari dunia terorisme dan keganasan tapi tujuan mereka mencarik-carik sebuah negara dengan hidupkan perang saudara, dan bertindak sebagai penyelamat kemudian menguasai telaga-telaga minyak bagi menampungkan ekonomi mereka. Menampungkan ekonomi mereka? Ya, kerana mereka telah rugi banyak akibat peperangan tersebut malah sistem ini dilihat menemui kegagalan, mereka memiliki hutang yang amat besar perlu ditampung. Kaya dalam miskin, jadi masih berlegar-legar tentera mereka di negara-negara khususnya di Timur Tengah. 

                  Tambahan mereka menjadi penentang Komunisme no 1, kerana bagi mereka tidak masuk akal apabila kekayaan dibahagikan sama rata, dikeranakan usaha merekalah, mereka jadi kaya. Yang miskin ni pemalas dan sebagainya. Selalu mereka mempropandakan komunisme dan pejuang-pejuang negara sebagai terrorisme yang perlu dihapuskan.
2.Sosialisme



                    Kewujudan pengamalan ini kerana penindasan terhadap masyarakat kelas kedua yakni pekerja atau istilah ekonomi dipanggil proletar oleh borjuis pemodal-pemodal.Mereka diberi gaji yang rendah bagi mengaut keuntungan yang sebesar-besarnya. Teori Sosialisme secara keseluruhannya sama ada aliran revolusi atau evolusi, masing-masing berpendapat bahawa sumber pengeluaran itu sepatutnya menjadi milik umum dan invididu hanya mendapat sekadar kerja yang dilakukan kepada kepentingan umum[1]. Sosialis dianggap hero dan penyelamat bagi proletar kerana melaluinya dapat mereka kesenangan dan ketenangan daripada tekanan kapitalis. Antara fahaman sosialis yang ada seperti komunisme dan demokratik sosialis, meskipun dari aliran yang sama, mereka memiliki perbezaan yang ketara. Rata-rata, sosialisme dipilih apabila gagalnya pengamalan sistem komunisme seperti negara-negara bekas komunis seperti Rusia, Angola, Venezuela dan banyak lagi. Negara yang mengamalkan prinsip ini dipanggil Negara Berkebajikan, seperti memberi pendidikan percuma, institusi dikawal penuh oleh kerajaan

Comments